Wednesday, April 1, 2009

Sejarah Kampung Serkam

Assalamualaikum wbt...

Berikut merupakan serba sedikit latar belakang kewujudan Kg serkam yang terletak di daerah Jasin, Melaka. Komuniti BESTARI bagi DUN Serkam berpusat di Kg Serkam.

Serkam merupakan sebuah perkampungan Melayu di mana penduduknya menjalankan aktiviti pertanian, penangkapan ikan dan perdagangan dan kini perindustrian kecil dan sederhana.

Kampung Serkam terletak kira-kira 23km dari Bandar Melaka. Ia telah diterokai oleh sebuah keluarga yang berasal dari Palembang, Indonesia yang dikenali sebagai Dato’ Isnin. Beliau bersama lima orang anaknya iaitu Abas, Dato’ Marsah, Dato’ Ab Raof, Dato’ Bujal dan Dato’ Othman telah mengembangkan penempatan masyarakat Serkam sehingga kini. Dari Bandar Melaka, pengunjung boleh menggunakan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh Raya AMJ) yang merupakan jalan pintas ke Muar, Johor untuk sampai ke Kampung Serkam. Perjalanan menaiki kereta hanya memakan masa 15 minit sahaja. Kampung Serkam berada dalam Daerah Jasin dan Mukim Serkam. Ia juga berada di bawah pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Parlimen Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin. Penduduk kampung biasanya akan membeli barang-barang keperluan di Pekan Serkam dan Bandar Merlimau yang terletak kira-kira empat kilometer dari kawasan kampung.

Akibat penghijrahan awal orang-orang daripada Kepulauan Sulawesi dan Indonesia itulah, penduduk Kampung Serkam semakin bertambah dan sebuah Masjid Jamek dibina untuk menampung jemaah yang ramai. Bahan-bahan pembinaan seperti kayu didapati dari hutan-hutan berdekatan manakala batunya diambil dari batu-batu karang sekitar Pulau Besar. Pelbagai bentuk gubahan telah diukir di dinding, bumbung dan penjuru masjid yang masih kekal keasliannya walaupun telah berusia 155 tahun. Keistimewaan Masjid Jamek ini ialah ia didirikan tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak dan diusahakan oleh penduduk-penduduk kampung.

Masjid Jamek yang terletak di Serkam ini telah ditubuhkan pada 1953 yang mana ianya telah didirikan oleh orang terdahulu. Pada asalnya, peneroka-peneroka disini berasal daripada palembang dan dipercayai masjid yang bersejarah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk disini.

Bentuk senibinanya seperti pagoda di mana tiang seri di dalam masjid dan atapnya adalah jariah daripada penduduk di sini. Batu-batu merah yang digunakan dipercayai di bawa daripada Pulau Besar dengan menggunakan perahu. Antara keistimewaannya, kayu seri 4 yang menjadi asas utama masjid ini berukuran 20 meter tingginya dipercayai di bawa daripada Lipat Kajang. Mimbarnya juga penuh dengan ukiran yang indah di samping terdapat kata-kata azimat di bawahnya.


No comments:

Post a Comment